Berita Terkini

WhatsApp Bakal Melabel Forwarded Mesej


Pada ketika ini, pengguna WhatsApp tidak tidak dapat mengenal pasti dan tiada cara untuk mengetahui jika mesej tersebut merupakan "Forwarded". Namun, WhatsApp bakal menerima satu ciri baru bagi memerangi penyebaran berita palsu ini.


Ciri ini terperinci dalam catatan di blog WhatsApp. Menurut syarikat tersebut, semua mesej yang dihantar akan dilabel dan bukan hanya terhad kepada mesej teks. Pelebelan tersebut juga akan berlaku pada imej, video, dan juga mesej audio.


Mesej pelabelan ini merupakan langkah yang betul untuk memerangi berita palsu dan maklumat salah, dan membantu pengguna mengenal pasti jika mesej ini boleh dipercayai atau sebaliknya. Mudah-mudahan, WhatsApp akan memberi lebih banyak ciri seperti ini untuk meminimumkan penyebaran berita palsu.

Source: WhatsApp Blog , The Verge