Berita Terkini

LG Mendedahkan Produk Barunya Google Assistant Speaker


Dengan pelancaran Google Assistant SDK kepada developers awal tahun ini, ia membolehkan pembuat pruduk hardware mengintegrasikan virtual personal assistant ke dalam produk mereka dengan mudah. Oleh itu, banyak produk yang diperkenalkan kepada dunia termasuk LG ThinQ Speaker yang akan membuat kemunculannya pada CES 2018 yang akan datang.

Selain menjawab pertanyaan daripada pengguna, Google Assistant integration juga membolehkan mereka mengendalikan peralatan LG smart home yang lain di dalam kediaman mereka. Walaupun LG tidak menerangkan lebih lanjut dalam pengumuman akhbarnya, kemungkinan fungsi tertentu ini dapat dilakukan melalui sistem ekologi SmartThinQ yang sedia ada dan dapat menyokong Google Assistant seperti ditunjukkan di bawah ini.


Pada masa yang sama, LG juga tidak menyebut sebarang spesifikasi terperinci dalam pengumuman akhbarnya. Walau bagaimanapun, telah menegaskan bahawa Speaker ThinQ ini dapat menyampaikan output berkualiti dengan bantuan syarikat partnership Meridian Audio. Speaker ini juga akan menyokong high-quality lossless files yang seharusnya menjadi berita hebat untuk audiophiles di luar sana.

Selain daripada Speaker ThinQ, syarikat itu juga akan membawa Dolby Atmos-enabled SK10Y soundbar, speaker mudah alih siri PK dan beberapa party speakers ke CES 2018. Bersama dengan produk baru yang lain seperti monitor, komputer riba dan banyak lagi yang mungkin menjadi satu lagi rancangan besar untuk syarikat itu pada acara teknologi tahunan.

Sumber : LG