ASUS ROG Strix GL553 Kini Lebih Murah
ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa laptop gaming ROG Strix GL553 kini boleh didapati pada harga yang jauh lebih rendah dari harga sebelum ini. Sebagai entry-level ROG gaming laptop,ia dikeluarkan di pasaran dengan dua pilihan storage dan ram yang berbeza.
Salah satunya ialah GL553V-DDM635T, ia dilengkapi dengan 4GB RAM dan 1TB 5400rpm hard drive. Bagi varian kedua, ia dilabelkan sebagai GL553V-DDM282T. Varian ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB solid state drive tambahan dan masih mengekalkan 1TB hard drive yang sama.
GL553V-DDM635T kini bernilai RM 4199 iaitu RM 400 kurang daripada harga asalnya RM 4,599. Penurunan harga yang sama juga pada GL553V-DDM282T iaitu RM 4,599 daripada RM 4,999.
Dikatakan, pengguna boleh mendapatkan laptop ini pada harga yang lebih rendah dengan menggunakan kupon yang dinyatakan dalam imej di atas yang memberikan diskaun tambahan sebanyak RM 200. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan di kedai rasmi ASUS di Lazada dari 24 hingga 27 November 2017.
Sumber: ASUS Malaysia, Lazada


