Berita Terkini

Asus memperkenalkan TUF B360M-Plus Gaming S Motherboard


Asus kini telah melancarkan motherboard gaming terbarunya di dalam siri TUF yang dipanggil TUF B360M-Plus Gaming S. Motherboard yang berasaskan LGA1151 ini dibuat untuk menampung perocessor Intel generasi ke-8. Bagi mereka yang tidak tahu, motherboard "B" dianggap sebagai kelas pertengahan yang bertujuan untuk pengguna mengikut bajet.

Motherboard Asus mempunyai reka bentuk TUF untuk motherboard TUF B360M-Plus Gaming S ini. Ia mempunyai papan PCB berwarna hitam keseluruhannya dan mempunyai jalur aksen kuning keemasan. Sebagai motherboard TUF, ini bermakna ia dibina dengan komponen perlindungan seperti Asus SafeSlot, ESD Guard, Overvoltage Protection dan banyak lagi.


Selain itu, motherboard TUF B360M-Plus Gaming S ini juga dilengkapi DIMM DDR4 RAM slots, satu PCIe 3.0 x16 slots, dua PCIe 3.0/2.0 x1 slots, enam SATA 6Gbps ports, dan beberapa komponen utama lain. Motherboard ini dikuasakan melalui satu ATX 24-pin AT dan penyambung kuasa EPS 8-PIN.

Perlu diingat bahawa TUF B360M-Plus Gaming adalah motherboard mikro-ATX, yang bermaksud ia sepatutnya dapat dipasang pada hampir semua jenis case PC, tetapi lebih baik untuk diperiksa terlebih dahulu. Malangnya, harga jualan dan tarikh pelepasan masih belum diberitahu ketika ini.

Sumber: Asus