Berita Terkini

Bluetooth pairing lebih mudah dengan Fast Pair untuk Android


Developer Android Google telah memperkenalkan ciri baru yang akan memudahkan Bluetooth Pairing yang dipanggil sebagai Fast Pair. Proses ini disokong pada semua peranti yang menjalankan sistem operasi sekurang-kurangnya Android 6.0 Marshmallow serta Google Play Services 11.7. Ini menjadikan searching dan pairing bluetooth pada peranti telefon dengan lebih mudah dengan beberapa klik yang mudah.

Peranti telefon yang menjalankan sistem operasi Android 6.0 ini akan menerima ciri baru yang akan berfungsi dengan beberapa headsets wireless terkini seperti Q Adapt On-Ea atau Google Pixel Buds. Fast Pair ini menjanjikan kelajuan dan keselamatan. Hal ini mungkin disebabkan oleh Bluetooth Low Energy (BLE) dan Standard Bluetooth untuk pairing dan searching. Untuk menggunakan Fast Pair, Gunakan peranti yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 6.0, buka mod pairing untuk mula scan peranti Bluetooth lain yang berdekatan. Fast Pair akan ditunjukkan jika terdapat apa-apa peranti bluetooth berdekatan.

Permintaan dan pemberitahuan "Tap to pair" dengan imej serta nama produk berdekatan akan diterima oleh peranti telefon yang digunakan dan kemudian dihantar ke server Google untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dengan Fast Pair, korang tidak perlu lagi masuk ke dalam Bluetooth Setting kerana pairing dan connecting lebih mudah sekarang. Peranti Bluetooth korang kini disambungkan kepada peranti telefon korang dengan selamat dan peribadi. Ketika ini, Google hanya menggabungkan beberapa rakan kongsi dan dijangka akan lebih banyak jenama yang akan mengintegrasikan Pair Fast dalam beberapa bulan akan datang.


Sumber : Android Developers Blog