Berita Terkini

Huawei Nova 3 & Nova 3i Memajukan Pasaran Mid-Range


Siri Huawei Nova 3 yang baru kini telah masuk ke pasaran Malaysia dan peranti pintar baru ini lebih menarik daripada siri sebelumnya. Nova 3 ini bukan sahaja menggunakan chipset Kirin 970, kamera hadapan peranti ini juga disertakan sensor inframerah yang membolehkan ciri Unlock Face berfungsi walaupun dalam persekitaran yang gelap.

Semua ciri-ciri menarik ini disertakan dalam telefon pintar kelas pertengahan oleh Huawei dan menjadikan Nova 3 lebih menarik berabanding peranti jenama lain. Walau bagaimanapun, inilah kesan pertama kami mengenai siri Nova 3 yang baru - termasuk Nova 3i yang lebih berpatutan.


Nova 3 mempunyai 6.3-inch Full HD+ LTPS display, menggunakan chipset Kirin 970, 6GB RAM, penyimpanan 128GB, disertakan slot SD card, mempunyai bateri 3,750mAh dan mempunyai port pengecas Type-C. Ia juga menggunakan sistem dwi-kamera monokrom 16MP RGB + 20MP pada bahagian belakang peranti, dan dua kamera bahagian  hadapan 24MP dan 2MP bersama sensor inframerah untuk ciri Unlock Face.

Nova 3i pula mempunyai reka bentuk dan paparan yang sama, tetapi ia menggunakan chipset Kirin 710 yang baru dari Huawei yang setanding dengan Qualcomm Snapdragon 660 SoC. Ianya disertakan 4GB RAM, penyimpanan 128GB, disertakan slot SD card, mempunyai bateri 3,340mAh dan masih menggunakan port pengecas microUSB. Novai 3i ini mempunyai kamera 16MP + 2MP pada bahagian belakang 24MP + 2MP di bahagian hadapan. Nova 3i ini tidak mempunyai sensor inframerah di bahagian depan seperti Nova 3, tetapi ia masih menyokong Unlock Face.


Reka bentuk: Nova 3 dan Nova 3i yang sangat menarik dan cantik. Warna baru Iris Ungu pada peranti sangat menakjubkan yang kelihatan sama seperti Twilight Huawei P20 Pro.Peranti baru huawei ini dijangka dijual pada harga RM1 249 bagi Nova 3i manakala RM1 899 bagi Nova 3 - iaitu mempunyai perbezaan sebanyak RM650.


Huawei Nova 3 dan Nova 3i mungkin telefon pintar mid-range yang paling menarik, mempunyai prestasi kamera yang cukup menjanjikan dan mungkin ianya merupakan peranti mid-range yang paling unik di pasaran sekarang.

Daripada kedua-dua telefon itu, Nova 3i akan menjadi yang pertama memasuki pasaran Malaysia pada 28 Julai. Nova 3 hanya boleh didapati dari 17 Ogos.