Berita Terkini

ZOTAC Malaysia Mengumumkan Program Trade-In : Menerima Pelbagai Kad Grafik


Jika anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan dengan kad grafik lama atau anda ingin menaik taraf kad grafik, program yang dilancarkan oleh ZOTAC Malaysia mungkin merupakan peluang intuk anda. Di bawah Program Trade-In terhad yang baru diumumkan oleh ZOTAC ini, para pengguna boleh menukar kad grafik lama mereka kepada diskaun untuk kad grafik daripada syarikat siri NVIDIA GeForce GTX  10.


Menariknya, program ini menerima apa saja kad grafik yang diberikan selagi ianya masih berfungsi dengan baik. Pengguna boleh melakukan trade-in tanpa memiliki kad grafik yang khusus. 


Diskaun yang akan diterima pengguna selepas trade-in kad grafik lama mereka dan diskaun yang diberikan bergantung kepada kad grafik ZOTAC GeForce yang mereka pilih untuk membeli melalui program ini. Inilah senarai:

GTX 1050 2GB / 1050 Ti 4GB - RM80

GTX 1060 3GB / 1060 6GB - RM180

GTX 1070 Ti 8GB / 1080 8 GB - RM250

GTX 1080 Ti - RM300

Walau bagaimanapun, iainya terhad bagi setiap orang dengan hanya satu baucar rebat yang tersedia sehingga 21 Julai 2018. Lihat halaman Facebook ZOTAC Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Program Trade-In yang baru diumumkan ini.


Sumber: ZOTAC Malaysia