Berita Terkini

Harga Xiaomi Black Shark Dikurangkan kepada RM2,288


Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark telah masuk ke pasaran Malaysia dengan cepat. Walaupun peruncit di pasaran masih belum menjualnya dengan rasmi dan sukarnya mendapatinya. Namun, korang boleh mendapatkan telefon Black Shark ini tidak secara rasmi boleh didapati di sini - harga peranti ini agak baik dan kini korang boleh mendapatkannya dengan harga lebih murah daripada harga sebelum ini.


Sebelum ini, harga pasaran Xiaomi  Black Shark harga telah turun serendah RM2,499. Sekarang, satu peruncit di Shopee telah meletakkan harga baru bagi peranti ini untuk varian 64GB dengan hanya RM2,288. Bagi varian 128GB pula berharga pada RM2,638  termasuk gamepad anolog bagi kedua-dua variant.

Terdapat beberapa diskaun yang ketara pada Lazada juga. DT Online di Lazada juga telah memberi harga telefon Black Shark 64GB sedikit lebih mahal iaitu RM2,299 dan Model 128GB bernilai RM2,799 termasuk gamepad anolog bagi kedua-dua varian.