Berita Terkini

Apple Dijangka Mengeluarkan MacBook Air Yang Lebih Murah Pada Tahun Ini


Apple dikatakan sedang bersiap untuk mengeluarkan MacBook Air 13-inci yang lebih murah dalam suku kedua pada tahun ini. Penganalisis KGI Securities Ming-Chi Kuo membuat mengatakan dalam satu set nota pelabur yang menggali butiran rantaian bekalan untuk gergasi teknologi.

Beliau menjangkakan bahawa pengenalan harga $ 1000 (RM3900) pada MacBook Air dapat membantu meningkatkan jualan dengan antara 10 dan 15 peratus kerana komputer riba ini masih popular di kalangan pelajar.


Tanggapannya ialah MacBook Air yang lebih murah berukuran 13 inci boleh menyegarkan semula model MacBook Air kerana Apple banyak memberi tumpuan kepada MacBook yang lebih kecil dan MacBook Pro. Walau bagaimanapun, laporan Ming-Chi Kuo tidak menunjukkan sama ada ianya benar-benar berlaku atau ia hanya merupakan perkara Apple menjatuhkan harga komputer riba nipis.

Maklumat lain yang terdapat di dalam nota tersebut merujuk kepada iPhone bajet 6.1 inci yang dikhabarkan dan AirPods yang disegarkan semula. Termasuk juga komen mengenai jualan Apple HomePod smartspeaker yang dibawa bersama Siri. Permintaan produk itu sepatutnya "biasa-biasa saja", Ming-Chi Kuo mengatakan bahawa dia memegang pandangan "netral" untuk masa depannya.

Sumber : 9to5Mac