Berita Terkini

Mozilla Firefox Quantum 59, Dengan Ciri "Android Assist" yang baru


Mozilla kini telah mengeluarkan Firefox Quantum 59 dan ia merupakan versi browser web terpantas yang terkini. Seperti yang dijangkakan, salah satu daripada kemas kini terbesar bagi browser web tersebut ialah load times yang lebih cepat yang boleh dicapai dengan membenarkan program load up melalui networked cache iaitu memuatkan cache pada storage pengguna.

Pengguna Firefox Quantum 59 juga boleh drag-and-drop pada laman teratas di laman utama Firefox, memberi mereka keupayaan untuk mengutamakan laman web yang mereka lawati dahulu atau yang paling banyak. Satu peningkatan besar yang lain boleh didapati dalam Private mode. Dengan kemas kini, Firefox Quantum 59 kini akan menghapus maklumat yang menghalang cross-site tracking.

Fungsi screenshot juga telah diberi kemas kini, pengguna kini boleh menconteng atau membuat tanda pada screenshot sebelum menyimpannya dan berkongsi dengan orang lain.

Namun, kemas kini ini adalah ciri baru Android yang dikenali dengan tepat sebagai "Android Assist". Android Assist pada asalnya adalah versi Google Assist dari Mozilla, Android Assist boleh ditetapkan pop upapabila anda menekan butang home pada telefon anda.

Laporan turut mengatakan bahawa Android Assist hanya berfungsi dengan mencari maklumat dan tidak berfungsi dengan fungsi dengan Google-centric (mis. Dail suara, membuka Google Maps atau Waze, dll.

Sumber : Mozilla, Hot Hardware, Slash Gear