Berita Terkini

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus Secara Rasmi Di Malaysia


Selepas dilancarkan di China pada dua bulan yang lalu, dan kini Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus baru-baru berada di Malaysia secara rasmi. Walaupun Xiaomi belum mengumumkan kedatangan peranti mereka ini di pasaran Malaysia, peruncit DirectD telah mengumumkan bahawa varian Malaysia bagi kedua-dua model ini tersedia di cawangannya.


Kedua-dua model dilengkapi dengan paparan skrin penuh 18: 9. Perbezaan Redmi 5 adalah lebih kecil dengan paparan HD 5.7-inci manakala Redmi 5 Plus membawa paparan FHD + 5.99 inci.

Chipset processor bagi Redmi 5 membawa Qualcomm Snapdragon 450 manakala Redmi 5 Plus dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 625. Bagi Malaysia, kedua-dua model ini mempunyai 3GB RAM dan penyimpanan dalaman 32GB.

Dibina bersama bateri berkapasiti 3300mAh dan 4000mAh, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus mempunyai kamera belakang PDAF 12MP dan kamera depan 5MP yang sama. Terdapat juga soft-light flash pada bahagian belakang kedua-dua peranti.


Price-wise, Redmi 5 disenaraikan pada RM 679 manakala Redmi 5 Plus berharga sedikit lebih tinggi iaitu pada RM 749. Dari segi warna, Redmi 5 terhad kepada warna emas manakala Redmi 5 Plus boleh didapati dalam emas, hitam dan biru.

Kedua-dua model mempunyai 1 tahun jaminan daripada Xiaomi Malaysia. Berharapkan kedua-dua telefon boleh didapati secara meluas di peruncit lain serta kedai online rasmi Xiaomi Malaysia tidak lama lagi.

Sumber : DirectD