Berita Terkini

Final Fantasy XV: Pocket Edition Bakal Dilancarkan 9 Februari


Square Enix kini telah menetapkan tarikh pelancaran rasmi untuk Final Fantasy XV: Pocket Edition untuk peranti telefon iaitu pada 9 Februari 2018. Permainan ini akan dikeluarkan di Apple App Store dan Google Play Store.

Final Fantasy XV: Pocket Edition adalah pembuatan semula Final Fantasy VX yang dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada penghujung 2016 yang lalu. Final Fantasy XV: Pocket Edition dan Final Fantasy VX merupakan permainan dan penceritaan yang sama dan satu-satunya perbezaan gaya watak yang comel. Selain itu, sistem tempur dan urutan permainan adalah sama seperti yang asal.

Korang boleh mendapatkan chapter permaianan secara satu-persatu atau korang boleh membayar semua dalam satu jumlah sekali.


Final Fantasy XV: Pocket Edition akan dikeluarkan dalam format episod dengan jumlah keseluruhan 10 chapter. Chapter pertama akan dimainkan secara percuma sebagai strategi pemasaran dan korang perlu membayar US $ 0.99 (~ RM3.90) setiap satu untuk chapter dua dan tiga, manakala chapter 4 hingga 10 akan menelan kos sebanyak US $ 3.99 (~ RM15.55). Jika korang ingin memiliki semua chapter dari permulaan, korang sebenarnya boleh membelinya dengan sekaligus sebanyak AS $ 19.99 (~ RM77.95).

Satu perkara yang harus diingat ialah bahawa halaman utama permainan ini tidak menyatakan jika terdapat DLC untuk versi konsol, seperti Episod Gladio, Prompto, dan Ignis bahkan Monsters of the Deep, yang akan tersedia untuk versi mudah alih permainan juga. Square Enix tidak mengatakan apa-apa, sama ada mereka akan dimasukkan ke dalam permainan penuh itu sendiri atau developer akan melancarkan untuk Pocket Edition di kemudian hari.


Sumber: Square Enix, YouTube