Berita Terkini

WhatsApp Sedang Menguji Perkhidmatan Pembayaran Mudah Alih Miliknya


WhatsApp kini telah memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih miliknya dan sedang diuji di India. Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan sejumlah besar bank dalam usaha untuk memasuki pasaran tempatan.

India merupakan pasaran terbesar WhatsApp dengan lebih daripada 200 juta pengguna aktif setiap hari. Negara ini juga merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia yang relatif tidak diterokai memberi peluang yang sangat baik untuk WhatsApp yang cuba mengejar pesaing yang lebih besar seperti Line dan WeChat.


Pembayaran WhatsApp pada masa ini hanya membenarkan orang menghantar wang pada satu sama lain. Ia mungkin akan berkembang untuk membayar barangan dan perkhidmatan.

Syarikat itu juga telah berusaha untuk menyokong ciri pembayaran untuk beberapa waktu, yang akan memanfaatkan UPI (Unified Payments Interface) dan termasuk sokongan oleh beberapa bank India, termasuk Bank Negara India, ICICI Bank, HDFC Bank, dan Axis Bank.


Whatsapp masih tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk sistem pembayaran pada masa ini. Namun, mereka telah melancarkan permulaan ujian beta untuk perkhimatan pembayaran miliknya di india.

Sumber: TechCrunch, The Verge