Berita Terkini

Facebook Sedang Menguji Butang Downvote Untuk Komen


Facebook muncul dengan butang 'downvote' baharu untuk komen dan nampaknya ia tidak mempunyai pilihan untuk 'downvote' keseluruhan post.

Buat masa ini, downvoting komen hanya akan menyembunyikannya dari pengguna tertentu. Setelah itu berlaku, pengguna diminta memberi alasan untuk tindakan tersebut, dengan pilihan yang "menyinggung," "mengelirukan," atau "off topic."


Facebook telah menyatakan bahawa ini tidak seperti butang tidak suka. Sebaliknya, ia adalah satu ciri untuk orang ramai memberi maklum balas mengenai komen pada public page posts. Facebook juga mengesahkan bahawa pengujian sedang dijalankan untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini, Facebook juga masih tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan untuk pengguna global dalam masa terdekat.

Butang downvote bertujuan membantu Facebook mengenal pasti komen yang berbahaya menjaga komuniti pengguna.

Sumber : The Verge