Berita Terkini

Samsung Galaxy Note FE turun di bawah RM2,000


Pada bulan lepas, Samsung Malaysia mengurangkan harga beberapa telefon pintar termasuk Galaxy Note FE. Harga asal bagi Galaxy Note FE adalah RM2599 dan Samsung telah meletakkan harga baru bagi model tersebut pada RM2,199. Namun, Galaxy Note FE lebih murah sekarang dan ia boleh dibeli bawah tanda RM2,000.

Di Lazada, retailer G Store kini menawarkan Galaxy Note FE hanya RM1,899. Di samping itu, cover original Samsung jenis clear yang bernilai RM259 turut disertakan bersama telefon. Walau bagaimanapun, hanya model Black Onyx hanya dalam stok.



Jika anda mahukan lebih banyak pilihan warna, Shopee juga menawarkan Galaxy Note FE dan sebenarnya RM1 kurang daripada harga G Store iaitu RM1,898. Walaupun Shopee tidak menyebutkan mengenai cover yang percuma, tetapi ia mempunyai model Onyx Hitam dan Blue Coral dalam stok.

Dengan harga sebegitu, Galaxy Note FE merupakan pembelian yang agak baik walaupun pada merupakan telefon pintar 2016.