Berita Terkini

Review Samsung Gear Sport : Lebih Baik, Bukan Terbaik


Samsung Smartwatch benar-benar memberi impak yang besar dalam pembangunan teknologi smartwatches apabila mereka melancarkan Samsung Gear S2. Ia merupakan salah satu smartwatches yang paling cantik pada ketka itu dengan bezel yang berbentuk bulat itu sangat mengagumkan dan beberapa tahun kemudian mereka mengelurkan Samsung Gear Sport dan mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Gear Sport adalah smartwatch terkini Samsung selepas Gear S3. Ia agak menyerupai dengan Gear S3, tetapi ia membawa penaiktarafan yang bermakna. Malangnya, penaiktarafannya masih tidak menjadikan ia sebuah smartwatch terbaik di pasaran sekarang walaupun Gear Sport pastinya keistimewaan tersendiri.

Gear Sport menjalankan Tizen OS, dilengkapi dengan paparan Super AMOLED 360 inci 360 x 360, pemproses 1GHz, 768MB RAM, GPS dan penyimpanan 4GB.


Keunikan Gear Sport berbanding dengan pendahulunya ialah penarafan ketahanan air. Ia dinilai pada 5ATM dan menjadikannya tahan air sehingga kedalaman 50m. Perkara ini memboleh pemakai berenang dengannya dan ia juga boleh mengesan rutin renang pemakai. Gear Sport juga mengekalkan klik Gear S3 dan bezel berbentuk bulat yang sangat memuaskan untuk digunakan.

Seperti namanya, Gear Sport adalah smartwatch yang berfokuskan pada kecergasan dan ia berfungsi dengan baik. Ia mampu menjejaki langkah anda, memantau laju denyutan anda, dan ia juga boleh mengesan perjalanan anda atau menunggang basikal dengan tepat kerana terdapat GPS terbina dalamnya. Menariknya, ia juga mampu mengesan senaman anda secara automatik, walaupun ia mempunyai kesukaran mengenal pasti latihan tertentu.


Samsung juag terkenal dengan penghasilan paparan yang cantik dan telah menghasilkan beberapa paparan terbaik di pasaran, dan ia benar-benar menunjukkan pada Gear Sport dengan paparan Super AMOLED 1.2 inci. Paparan pada Gear Sport adalah cukup tajam dan mengagumkan untuk kegunaan harian dan benar-benar membuat paparan yang menyenangkan untuk