Berita Terkini

ASUS ROG dengan processor Ryzen Akhirnya Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM 7099


ASUS ROG Strix GL702ZC pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan lepas dan akhirnya ia telah tiba di Malaysia. Seperti yang dinyatakan, keunikan laptop gaming daripada ASUS berbanding dengan kebanyakan laptop gaming lain yang berada di pasaran pada masa ini adalah processor yang dipilih untuknya modelnya.

ASUS ROG Strix GL702ZC dilengkapi dengan paparan HD full-HD 17.3-inci standard. Ia juga dilengkapi dengan processor AMD Ryzen 7 1700 dan AMD Radeon RX 580 dengan 4GB GDDR5 VRAM sebagai pemproses grafiknya. Laptop gaming ini juga menyediakan RAM DDR4 8GB dan juga membawa SSD 256GB dan HDD 1TB 7200rpm.


Laptop Gaming ASUS ini juga mempunyai keyboard dengan backlighting yang berwarna merah, .6mm key travels dan keupayaan 30-key rollover. Sebagai tambahan kepada sistem penyejukan, Ia turut dihasilkan bersama Hyper Cool Duo-Cooper laptop yang membolehkan CPU dan GPU di dalam laptop disejukkan secara bebas antara satu sama lain. Ia juga dilengkapi bersama bateri 76Whr.

Dikatakan bahawa pemilik laptop ini mungkin akan lebih banyak menggunakannya di rumah disebabkan kadar berat yang agak tinggi iaitu 3.2kg. ASUS ROG Strix GL702ZC baru boleh diperolehi dengan segera dari peruncit ASUS di seluruh negara dengan harga RM 7099.