Berita Terkini

Intel Vaunt Smart Glasses Memancarkan Terus Ke Retina Menggunakan Laser Kelas Rendah


Cermin mata pintar tidak pernah kelihatan lebih baik. Tetapi, Intel Vaunt Smart Glasses ini berbeza dari yang lain kerana ia direka untuk memancarkan notifikasi secara langsung terus ke retina dengan menggunakan laser berkuasa rendah. Tambahan pula, ia kelihatan seperti kaca mata biasa dan tidak kelihatan aneh.

Intel Vaunt Smart Glasses ini cukup ringan dan selesa untuk dipakai setiap hari tanpa rasa letih mengikut The Verge. Ia direka dengan menghubungkannya melalui Bluetooth dan model prototaip hanya mempunyai beberapa sensor tertentu seperti accelerometer dan kompas.

Sensor digunakan bersama processor Intel ini dibangunkan khas yang dibina ke dalam kaca mata tersebut untuk mengesan pergerakan, gestures dan kawalan pergerakan lain. Prototaipnya sekarang tidak mempunyai mikrofon, namun produk akan datang mungkin mempunyai ciri tersebut supaya dapat berfungsi dengan voice assistant seperti Alexa dan Google Assistant. Intel pada asasnya membina A.I. ke dalam Intel Vaunt Smart Glasses ini.


Intel Vaunt Smart Glasses ini membolehkan bingkai dipasang dengan kanta preskripsi manakala komponen elektronik pada kedua-dua batang kaca mata, termasuk modul laser. Intel mengatakan bahawa laser yang digunakan dalam kaca mata adalah laser kelas rendah atau berkuasa rendah dan tidak seharusnya memudaratkan mata apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Kandungan dipaparkan pada medan pandangan pengguna dengan melantunkan laser pada lensa yang kemudiannya dipantulkan kembali ke mata. The Verge mengatakan bahawa paparan monokrom yang mempunyai resolusi 400 x 150 piksel ini tidak mencukupi sehingga ia menjadi sifat kedua selepas tempoh pengenalan ringkas dengannya.

Matlamat akhir projek Vaunt mengikut Intel bukan hanya memberi notifikasi tidak mengganggu tetapi juga memberi maklumat ambien dan kontekstual apabila diperlukan. Walaupun projek masih dalam peringkat awal, beberapa senario hipotetikal termasuk memaparkan hasil carian yang diaktifkan melalui suara, maklumat yang mengetahui lokasi, navigasi GPS dan banyak lagi.


Ia juga bertujuan menambah dan bukan menggantikan peranti pintar semasa. Untuk mengembangkan ekosistem, Intel akan melancarkan "program akses awal" di mana developer boleh membeli sepasang Intel Vaunt Smart Glasses dan membuat aplikasi untuknya termasuk aplikasi yang boleh diguankan secara bebas pada kaca mata pintar atau melalui telefon pintar.


Modul laser jelas kelihatan di dalam foto. Masih tiada tarikh yang ditetapkan untuk pengguna mendapatkannya. Jika ia sudah mula dipasarkan di pasaran, apakah pengguna bersedia untuk mendapatkan maklumat secara langsung ke dalam mata mereka? Ini boleh menjadi satu perkembangan yang menarik dalam ruang realiti yang bertambah.

Sumber: The Verge