Berita Terkini

Huami Amazfit Bip Memiliki Hayat Bateri 45-hari dan Pembinaan Kalis Air Dengan Hanya $ 99


Smartwatch baru dari Huami iaitu Huami Amazfit Bip yang menawarkan hayat bateri selama 45 hari. Ia juga mempunyai skrin warna, GPS, sensor denyut jantung yang dibina dengan polikarbonat.

Reka bentuk Huami Amazfit Bip mengingatkan pada Pebble Time dan Apple Watch dengan paparan persegi. Di bawah Gorilla Glass 3 yang terbina pada smartwatch tersebut merupakan paparan warna transflective 1.28 inci. Paparan ini merupakan faktor utama kepada hayat bateri yang panjang kerana ia hanya menggunakan kuasa rendah berbanding dengan smartwatch yang lain. Huami Amazfit Bip in dikatakan boleh bertahan selama 45 hari dengan sekali cas dengan baterinya yang berkasiti 190 mAh. Walaupun apabila menghidupkan sensors lain, hayat bateri hanya akan turun sekitar 22 jam


Bercakap tentang sensor, sensor yang terdapat pada Huami Amazfit Bip banyak member kelebihan kepada kesihatan pengguna kerana ia dibina dengan sensor kadar jantung PPG, sensor pecutan triaxial, sensor geomagnetik, sensor tekanan barometer dan GPS + GLONASS. Paparan pada smartwatch tersebut sentiasa mempunyai petunjuk untuk pengesanan aktiviti, pemantauan tidur dan masa.

Untuk perlindungan terhadap unsur air, ia dibina dengan IP68 yang merupakan kalis air dan debu serta menjadikannya teman latihan yang hebat. Jam juga menjalankan pada OS milik Xiaomi daripada Android Wear. Ia dapat digunakan bagi pemilik Android dan iOS kerana ia boleh disambungkan melalui Bluetooth.

Huami Amazfit Bip masih belum masuk ke pasaran Malaysia dan hanya terdapat di pasaran US, Huami Amazfit Bip ini berharga AS $ 99 iatu kira-kira RM385. Terdapat dalam empat pilihan warna iaitu Onyx Black, White Cloud, Kokoda Green dan Cinnabar Red.