Berita Terkini

Kemas kini Samsung Galaxy S8 dan S8 + Android Oreo Untuk Rakyat Malaysia


Untuk mereka yang memiliki Samsung Galaxy S8 atau Galaxy S8 +, korang mungkin telah menyedari perkara ini melalui notifikasi pada telefon korang. Jika belum tahu, inilah berita baik untuk korang.

Di samping Samsung Experience 9.0, kemas kini baru ini membawa beberapa peningkatan dan ciri baru untuk kedua-dua peranti Samsung Galaxy S8 atau Galaxy S8 +. Seperti yang disebutkan di dalam pemberitahuan kemas kini, di antara perubahan itu adalah had perkhidmatan pada latar belakang untuk meningkatkan prestasi dan hayat bateri untuk kedua-dua peranti.


Di samping itu, pengguna juga akan menerima ciri Dual Messenger baru yang membolehkan mereka menjalankan dua aplikasi mesej yang sma dalam satu masa. Peningkatan lain yang dimasukkan ke dalam kemas kini ini juga adalah keyboard toolbar yang baru, kesan pencahayaan Edge yang baru, pilihan pin dan snooze bagi notifikasi, peningkatan untuk Samsung DeX, Bluetooth codec audio berkualiti tinggi dan banyak lagi.

Untuk menyemak sama ada kemas kini sudah tersedia untuk peranti korang, hanya pergi ke "Setting" telefon, tap pada "Software Update" dan kemudian diikuti dengan "Download Updates Manually". Saiz fail ini agak besar pada sekitar 1.3GB, jadi pastikan bahawa korang sudah mempunyai sambungan wifi jika jika ingin menyelamatkan data internet korang dan korang boleh meneruskan untuk memuat turun kemas kini.