Berita Terkini

Windows 10 S: Direka Khas Untuk Institusi Pendidikan



Microsoft telah menediakan Windows 10 versi mudah yang disebut Windows 10 S dan varian tertentu telah diumumkan semasa acara yang sedang berlangsung di New York.

Sesuai dengan tema acara itu, Windows 10 S direka untuk segmen pasaran pendidikan. Sistem operasi ini menyokong semua jenis Windows PC dari high-end hardware sehingga entry-level specifications. Bukan itu sahaja, Windows 10 S ini juga menyokong Windows Mixed Reality headsets seperti yang dibuat oleh Acer.


Satu lagi ciri yang berbeza dari Windows 10 S baru ialah pengguna boleh install apa-apa aplikasi hanya daripada Windows Store sahaja. Jika pengguna inign install aplikasi biasa, notis akan keluar yang mencadangkan aplikasi lain yang serupa dari Windows Store dan pengguna perlu mengembalikan sistem operasi ke Windows 10 Pro jika benar-benar perlu install aplikasi ynag diingini.

Pada masa yang sama, Microsoft juga mendakwa bahawa Windows 10 S mempunyai kelajuan log masuk yang lebih cepat memandangkan mereka mempunyai aplikasi yang sedikit yang perlu loaded semasa startup. Syarikat itu juga telah membuat aplikasi Setup My School bersama Intune untuk pendidikan dan membantu pentadbir sekolah mengguna dan menguruskan Windows 10 S dalam organisasi mereka.




Windows 10 S boleh didapati secara percuma untuk semua institusi pendidikan pada komputer yang genuine Windows Pro. Pengguna boleh mendapatakan Windows 10 S PC dari OEM seperti Acer, ASUS, Dell, Fujitsu, HP, Samsung, dan Toshiba dengan harga bermula USD 189 iaitu sekitar RM 818.