Berita Terkini

Uber Dan Air Asia Mewujudkan Ekosistem Pengangkutan Yang Memudahkan Pelangan


Uber dan Air Asia telah mengumumkan kerjasama mereka dalam mengintegrasikan sistem tempahan. Sebagai sebahagian daripada skim ini, Air Asia akan memasukkan deeplinks untuk pelanggan menempah Uber semasa membuat tempahan ke mana-mana destinasi.

Idea ini tercetus kerana pelanggan akan menggunakan Uber untuk ke lapangan terbang untuk mendapatkan penerbangan dan kemudian mengambil Uber yang lain di destinasi. Ini mewujudkan ekosistem pengangkutan yang memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat tersebut serta memudahkan para pelangan. Oleh itu, pengguna Uber dijemput untuk menggunakan kod promo "AIRASIA" untuk menaiki uber dengan harga diskaun ke lapangan terbang.


Di samping itu, deeplink Air Asia juga membolehkan pengguna menjadualkan Uber sehingga 30 hari sebelum penerbangan mereka. Ini memastikan mereka sentiasa mempunyai kenderaan yang menunggu untuk menjemput mereka. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat Uber atau Air Asia sekiranya penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan.

Kedua-dua syarikat ini akan memulakan usaha pemasaran bersama. Malangnya tiada kod diskaun yang dinyatakan kepada pengguna Uber yang pergi ke Lapangan terbang untuk menempah penerbangan Air Asia.