Berita Terkini

CES 2018: SanDisk Mempekenalkan 1TB USB Type-C flash drive


Setakat ini, kita telah dilihatkan pelbagai pengumuman produk dan teknologi yang menarik di CES 2018. Kini terdapat satu produk yang boleh dikata inovasi yang baru. Produk yang dikatakan ini ialah 1TB USB Type-C flash drive daripada SanDisk yang mempunyai bentuk flash drive terkecil di dunia untuk 1TB.

Biasanya, tidak hairan untuk melihat flash drive yang datang dengan storage 64GB / 128GB dan lain-lain, tetapi flash drive ini telah mencapai 1TB dalam peranti penyimpanan dalam bentuk yang kecil sememangnya sesuatu yang lain. SanDisk nampaknya mempamerkan prototaip kerja flash drive tersebut di CES 2018. Namun, dikatakan bahawa flash drive yang berkapasiti tertinggi di dunia masih milik Kingston dengan 2TB DataTraveler Ultimate GT.


Mengikut dimensinya, flash drive SanDisk memang lebih kecil berbanding Kingston. Apa yang menjadikan flash drive ini lebih menarik adalah ia juga boleh digunakan dengan peranti Android Type-C Android untuk penyimpanan tambahan. Sudah tentu, flash drive tersebut serasi dengan laptop dan PC dengan menggunakan port USB Type-C.

Malangnya, maklumat utama seperti tarikh pengeluaran, nama sebenar, dan yang paling penting, harga flash drive tersebut tidak disebut oleh SanDisk. Walaupun begitu, flash drive 1TB dari SanDisk ini pasti akan datang dengan harga yang agak tinggi.

Sumber : SanDisk