Berita Terkini

5 Telefon pintar terbaik di bawah RM1000 untuk tahun 2018


Mencari telefon pintar terbaik di bawah RM1K yang boleh didapati pada tahun baru 2018 dan mempunyai ciri-ciri kegemaran korang seperti paparan pada peranti dengan nisbah 18: 9 ? Berikut adalah senarai telefon pintar bawah RM1K untuk tahun baru ini.

Xiaomi Redmi Note 4


Dengan kemunculannya dari siri Redmi Note, ia merupakan sebuah peranti terbaik dalam perbandingan pranti kategori peranti mid-range. Xiaomi Redmi Note 4 mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu peranti yang mampu milik untuk rakyat Malaysia dengan harga RM769. Peranti ini menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 625dan mempunyai 13MP pada kamera belakang dan kamera hadapan 5MP serta paparan 5.5 inci full-HD. Ia juga terdapat inframerah blaster dan sensor cap jari pada bahagian belakang belakang pranti . Versi yang agak baru ini menawarkan 4GB RAM dan 64GB penyimpanan data untuk nilai wang lebih sedikit. Kapassiti bateri yang besar 4100 mAh ini membantu mengekalkan penggunaannya dalam tempoh yang lama.

Xiaomi Mi A1


Xiaomi Mi A1 yang menjalankan sistem operasi Android One stock dan mempunyai dual-kamer a12MP pada bahagian belakang peranti. Peranti daripada Xioami ini hanya bernilai RM999 dan mempunyai paparan 5.5 inci Full-HD, 4GB RAM, 64GB penyimpanan data. Sedikit kelemahan pada peranti ini ialah nilai kapasiti bateri yang rendah jika dibandingkan dengan Redmi Note iaitu 3080 mAh, lebih kecil tetapi masih munasabah. Ia juga terdapat finger print scanner pada bahagian belakang tetapi juga tidak menawarkan lebih banyak dari segi reka bentuk dari badan logam biasa.

Wiko View


Menawarkan paparan full-view 5.7 inci dengan nisbah 18: 9 dalam resolusi HD + atau 720 x 1440 piksel. Wiko View berharga RM899 dan menawarkan kamera depan 16MP dengan flash selfie, spesifikasi teknologi pada peranti ini memuaskan dengan processor lower-end quad-core Qualcomm Snapdragon 425, 3GB RAM, 32GB penyimpanan data, kamera 13MP serta finger print scanner pada bahagian belakang peranti dan kapasiti bateri 2900 mAh . Ini adalah salah satu daripada beberapa telefon pintar yang mempunyai paparan full-view dengan nisbah aspek 18: 9. Disebabkan oleh keluaran terhad, peranti ini hanya tersedia dalam warna hitam dan deep bleen atau cherry red seperti yang diiklankan terdahulu.

Motorola Moto G5s Plus


Motorola Moto G5s Plus merupakan peranti telefon yang mempunyai kamera belakang Dual Pixel 13MP. Peranti ini berharga RM999 yang menawarkan processor Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM, 32GB penyimpanan data, Android stock dan paparan Full-HD 5.5-inci. Manakala kamera depan pada peranti ini adalah 8MP, mempunyai LED flash dan finger-print scanner. Kapasiti bateri bernilai 3000 mAh.

ASUS ZenFone Max Plus (M1)

ASUS ZenFone Max Plus (M1) menawarkan paparan fullview nisbah 18: 9 yang terkini dengan resolusi HD + atau 720 x 1440 piksel. Peranti ini juga mempunyai paparan 5.7 inci dan mempunyai bateri yang besar iaitu 4130 mAh, 16MP PDAF (Phase Detection Autofocus) + 8MP 120 degree wide angle dual rear kamera dan kamera depan 16MP untuk peminat selfie, semuanya bernilai RM899. Malangnya ASUS ZenFone Max Plus (M1) hanya menggunakan processor Mediatek MT6750T SoC tetapi ia merupakan processor octa-core. Sensor cap jari pada bahagian belakang untuk membuka kunci dengan lebih selamat dan mudah.


Kesimpulannya ASUS ZenFone Max Plus (M1) menawarkan nilai terbaik bagi korang, terutamanya jika korang mencari telefon pintar paparan nisbah yang lebih tipis 18: 9, penggunaan lebih tahan lama dengan bateri 4130 mAh dan Face Unlock. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik jika korang sedang mencari kamera hadapan 16MP yang lebih terperinci manakala kamera belakang berganda menawarkan pilihan phoneography dengan 16MP atau 8MP yang 120 degree wide angle dual kamera.