TM dan TNB Bekerjasama Untuk Rancangan Nationwide Fiberisation
Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menjayakan Rancangan Nationwide Fiberisation (NFP) yang diumumkan oleh kerajaan awal tahun lepas. Kedua-dua syarikat itu telah bertekad untuk bekerjasama menerusi Memorandum Persefahaman yang ditandatangani awal hari ini.
NFP yang telah beroperasi sejak tahun lepas melibatkan enam juta premis dan dua juta daripadanya terletak di kawasan luar bandar. TNB akan terlibat secara besar-besaran dalam projek ini kerana kerajaan merancang untuk memanfaatkan extensive fiber network syarikat kuasa itu sebagai perkara asas.
Hasrat TNB untuk bekerjasama dengan TM bukanlah rahsia. Bulan lalu, ia telah mendedahkan bahawa syarikat kuasa itu telah berunding dengan syarikat telekomunikasi ini serta beberapa syarikat lain. Selain itu, TM dan TNB sendiri adalah pemilik bersama Fibrecomm Network yang ditubuhkan untuk menjadikan fiber network TNB kepada telecommunication network yang aktif.
MoU ini hanyalah permulaan perkongsian mereka untuk NFP. Dalam pengumuman rasmi kesepakatan itu, mereka telah menyatakan bahawa kedua-dua syarikat masih belum memuktamadkan commercial terms untuk perkongsian mereka. Berharap kita dapat mendengar lebih lanjut tentang kerjasama dan juga NFP pada masa akan datang.
Sumber: Nikkei Asian Review, The Edge Financial Daily

