Berita Terkini

MOL Memperkenalkan One2Pay Digital Wallet : Dulunya Dikenali Sebagai MOLwallet


MOL kali ini telah memperkenalkan One2Pay Digital Wallet serta mempunyai tambahan terbaru yang menyumbang kepada penyelesaian pembayaran elektronik di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai MOLwallet. One2Pay masih mempertahankan ciri-ciri terdahulu ketika memperkenalkan beberapa pilihan baru untuk pengguna.

One2Pay berfungsi dengan format yang sama seperti sistem pembayaran berdasarkan kod QR yang lain. Pelanggan perlu mengimbas kod untuk membenarkan mereka membayar dengan menggunakan wang yang disimpan dalam akaun mereka. Pilihan pembayaran ini masuh terhad dan hanya berfungsi di 7-Eleven buat masa sekarang, tetapi MOL sedang berusaha untuk mengembangkan bilangan pedagang yang mengambil bahagian.


Terutamanya 7-Eleven juga merupakan satu-satunya tempat yang membolehkan pengguna menambah wang ke akaun One2Pay mereka. Pengguna juga boleh megeluarkan wang sekiranya mereka memerlukan sedikit wang fizikal. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menggunakan One2Pay untuk membeli tambahan MOLPoints.

Sebab One2Pay dikenali sebagai Digital Wallet disebabkan MOL telah menerima lesen e-wang dari Bank Negara. Kita mungkin bakal melihat lebih banyak lesen yang diberikan dalam masa terdekat dengan kerajaan dan mewujudkan rangka kerja bersatu untuk pembayaran kod QR.

One2Pay boleh didapati di kedua-dua Android dan iOS.