Berita Terkini

Power bank Mezone QW8 : Cas tanpa wayar.


Mezone QW8 ini merupakan powerbank yang menggunakan  bateri jenis Li-polimer berkapasiti 10 000 mAh. Power bank ini juga mempunyai Input 2.1A, Output 2.1A pada usb port pertama dan Output 1A pada usb port yang kedua serta mempunyai  Output Indikator Digital Semasa 1 A, 2.1A yang merupakan dari Paparan Digital LED. Hadir dalam warna putih dan hitam, pakej turut memberi Micro USB Cable

Keistimewaan Mezone QW8 ini adalah ciri pengecasan tanpa wayar yang terbina di dalamnya. Namun, pengecasan tanpa wayar hanya mampu dilakukan pengecasan pada jarak yang sangat dekat.


Faktor yang menjadikan Mezone QW8 melakukan pengecasan tanpa wayar adalah induction coil yang dibina di dalamnya. induction coil berperanan menghasilkan medan elektromagnet sebagai tapak pengecas pada power bank ini. Untuk menjayakan proses pengecasan ini, Induction coil yang kedua diperlukan di dalam peranti telefon yang mengambil kuasa dari medan elektromagnetik dan menukarkannya menjadi arus elektrik untuk mengecas bateri.

Tidak semua telefon dibina induction coil di dalamnya. Namun, bagi telefon yang tidak mempunyai induction coil terbina, Universal wireless charger reciever module adalah penyelesaiannya. Ianya mempunyai tujuan yang sama iaitu menukar medan kuasa elektromagnetik kepada arus eleketrik. Universal wireless charger reciever module ini juga seseuai digunakan pada semua jenis peranti telefon kerana hadir untuk tiga jenis port peranti telefon iaitu micro usb, type-c, lightning (apple).

Penggunaan Universal wireless charger reciever module ini memerlukan penutup belakang atau case pada peranti. Perlu diingati bahawa case peranti perlulah tidak terlalu tebal dan terbina daripada aluminium, perkara ini mampu mengganggu atau menghalang proses mengecas .


Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Mezone QW8 dan Universal wireless charger reciever module ini, korang boleh terus layari Facebook kami untuk mendapatkan info lanjut.

Klik sini Bucket Gear