Berita Terkini

Jualan Steam Pada Lunar New Year Bakal Diadakan


Steam dilaporkan bakal membuat jualan yang sangat tidak masuk akal Tahun Baru Lunar ini. Dilaporkan juga ianya akan berlaku pada awal Februari yang secara lebih khususnya jualan itu sepatutnya bermula pada 15 Februari dan berakhir pada 19 Februari.

Berita mengenai maklumat ini datang dari dalam Steam Direct:Valveyang merupakan pengganti untuk program Steam Greenlight yang dilancarkan tahun lepas. Pada awalnya, Steam Direct membolehkan sesiapa sahaja menjadi developer Steam untuk bayaran sekali sahaja sebanyak AS $ 100 (~ RM391).


Maklumat ini masih belum disahkan. Jika dibandingkan, tempoh penjualan Steam ini singkat berbanding dengan jualan Steam yang lain. Valve sendiri belum mengesahkan sedikit berita ini, dan kewujudan jualan Tahun Baru Lunar agak goyah kerana jualan sempenanya yang terakhir berlaku pada tahun 2016.

Sumber : Twitter