Berita Terkini

Unifi Mobile : Rasmi pada Android Playstore dan iOS App Store



TM telah mengumumkan pelan mudah alih baru pada bulan ini. Terdahulu, syarikat ini secara senyap melancarkannya sebuah telekomunikasi digital baru yang diservis hampir sepenuhnya melalui aplikasi.

Aplikasi Mudah Alih UniFi kini telah rasmi pada Android Playstore dan iOS App Store. Dari segi penampilannya, perkhidmatan sama seperti Maxis's Ookyo dan Digi's Tapp, di mana setiap interaksi dari top up, pembelian add-on dan juga customer support dikendalikan oleh aplikasi ini.


Sebagai bonus awal, TM menawarkan 20GB data LTE percuma kepada pelanggan baru Unifi Mobile pada setiap pendaftaran sepanjang tempoh promosi. Yuran pengaktifan juga dikecualikan pada masa tersebut. Pengguna hanya membayar kos penghantaran sebanyak RM 10.60 jika mereka mahu kad SIM dihantar kepada mereka atau boleh mendapatkan starter pack di TMpoint terdekat secara percuma.

Pendaftaran dilakukan melalui aplikasi dan tiada tarikh luput pada prepaid credit selagi pengunaannya aktif. Apa yang perlu korang lakukan ialah membuat apa-apa penggunaan, reload atau membeli apa-apa add-on dalam tempoh 90 hari.



Sistem ini akan menarik butiran korang secara automatik jika korang adalah pelanggan TM semasa dari alamat e-mel yang korang berikan semasa pendaftaran. Oleh kerana perkhidmatan ini diwarisi dari Webe, nombor telefon akan menggunakan 010 atau 011.

Kejutan yang menyenangkan ialah korang boleh mendaftarkan sehingga 5 nombor pada masa yang sama, sesuai untuk mereka yang ingin mempunyai ahli keluarga mereka di bawah satu akaun.

Menurut FAQ, setiap pek akan mempunyai pakej berikut dengan setiap pengaktifan:

- 20GB (LTE sahaja) semasa tempoh promosi

- 50MB (data 3G / LTE)

- 10 minit panggilan (semua rangkaian)

- 10 SMS (semua rangkaian)

Untuk data, Unifi Mobile mempunyai beberapa pakej yang tersedia untuk pelanggan membeli terus dari aplikasi:

Data Add-on
RM
EXPIRY
8GB High Speed
50
No
(4GB LTE only + 4GB 3G/LTE)
4GB High Speed
30
No
(2GB LTE only + 1GB 3G/LTE)
2GB High Speed
15
No
(1GB LTE Only + 1GB 3G /LTE)
1GB Basic Internet
13
No
(1GB 3G/LTE)

TM juga mengesahkan bahawa perkhidmatan Unifi Mobile menggunakan 850MHz Band 5 LTE, sama seperti Webe. Jika korang berminat dalam perkhidmatan ini, korang perlu memastikan telefon pintar / tablet korang menyokong band tersebut. Celcom akan menjadi rakan perantauan domestik untuk 3G / 2G apabila LTE tidak tersedia.

Mereka yang berminat boleh mencuba perkhidmatan sekarang dengandownload aplikasinya di Android Play Store atau iOS App Store.