Berita Terkini

Microsoft Mengesahkan Meltdown dan Spectre Akan Melambatkan Komputer Lebih Lama


Microsoft telah memberi amaran kepada pengguna mengenai kelemahan Meltdown dan Specter boleh menyebabkan beberapa masalah prestasi terutamanya bagi mereka yang mempuyai processor Intel sebelum 2016.

Menurut penasihat security Microsoft, pengurangan prestasi ini berkaitan dengan variasi kedua kelemahan Specter yang dikelaskan sebagai CVE 2017-5715. Developer perlu menulis semula arahan CPU untuk menghalang penyerang menyalahgunakan predictive tasks arrangement.


Sebahagian besar komputer yang menggunakan processor Intel Skylake dan seterusnya hanya akan melihat penurunan peratusan digit dalam prestasi. Ia tidak mungkin ketara untuk majoriti pengguna, di mana beban prosesor jarang ditarik ke had mereka untuk jangka masa yang lama.

Sebaliknya, Intel Haswell dan yang terdahulu akan melihat penurunan prestasi dua digit. Microsoft mendakwa bahawa versi Windows yang lebih lama akan lebih banyak terjejas berbanding Windows 10, tetapi kelihatan seperti semua orang bakal merasai komputer yang lebih perlahan.

Ia mungkin memaksa sesetengah orang untuk mengetepikan installation security update untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tetapi itu hanya mendatangkan lebih banyak bahaya. Kedua-dua kelemahan ini difahamkan agak kritikal dan boleh mengakibatkan menjadi mangsa kepada penjenayah siber.

Pengguna AMD juga tidak sepenuhnya terselamat dan Microsoft telah menghentikan kemas kini untuk sistem-sistem ini sementara mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Sumber : Microsoft