Berita Terkini

HTC U11+ Telah Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,099


HTC akhirnya melancarkan model terbarunya iaitu U11+ di Malaysia yang pada awalnya ia dijangka tiba bulan lepas. Telefon pintar ini mempunyai paparan yang lebih besar yang dianggap seperti penambahbaikan dari HTC U11. Ia juga merupakan telefon yang hampir menjadi seperti Google Pixel 2 XL.

U11+ berkongsi kebanyakan komponen yang dengan U11 termasuk platform processor Qualcomm Snapdragon 835, 6GB RAM, 128GB internal storage dan kamera belakang 12MP UltraPixel 3 yang mengagumkan. Seperti yang korang lihat, HTC telah membawa konfigurasi yang lebih tinggi untuk pasaran Malaysia. Penambahbaikan dari U11 yang hadir dalam paparan 6 inci 2880 x 1440 dan bernisbah 18: 9. Bateri 3930mAh yang mengagumkan dan menjalankan system operasi Android Oreo sebaik saja keluar dari kotak. HTC+ hanya membawa varian internal storage 128GB dan kelihatan tidak menawarkan varian 64GB.


HTC U11 + juga mempunyai HTC’s Edge Sense interface yang membolehkan pengguna squeez telefon tersebut untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu. Menu pada peranti ini disesuaikan dan direka untuk mengakses item dengan cepat seperti kamera, setting dan aplikasi tertentu dengan pantas. Terdapat 22 fungsi dan aplikasi yang berbeza boleh ditetapkan dengan Edge Sense menu walaupun hanya enam fungsi untuk dipilih.

Menu ini boleh diakses walaupun skrin dikunci dan membolehkan pengguna mengakses dengan cepat ke fungsi ynag ditetapkan. Untuk mengekses aplikasi, pengguna masih memerlukan telefon tidak dikunci.


HTC hanya akan menjual pilihan warna Black Translucent dari HTC U11 + di Malaysia tanpa sebarang rancangan untuk membawa warna lain. Selain itu, peranti ini membolehkan pengguna melihat sekilas elektronik yang unik dan cantik pada bahagian belakang peranti. Ini amat ketara pada NFC coil yang jelas kelihatan walaupun dari jauh.

HTC U11 + akan tersedia untuk pre-oreder pada Lazada, 11Street dan Shopee dari 15-21 Januari. Pre-Order secara online akan menerima hadiah tambahan, termasuk beg kulit, powerbank 8000mAh, travel kit, buku nota, lanyard dan phone stand. Telefon tersebut akan tiba di kedai-kedai bermula 22 Januari dan seterusnya untuk RM3,099.