Berita Terkini

Lenovo Bakal Membuka Kedai Berkonsepkan Legion di Kuala Lumpur


Lenovo bakal membuka sebuah kedai berkonsepkan Legion di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Kedai berkonsepkan gaming-skewed ini bukan hanya akan menjadi host bagi produk-produk portfolio besar Lenovo di bawah jenama Legion, tetapi kedai ini juga akan menjadi tempat bagi pengguna untuk mencuba produk permainan Legion.

Ivan Cheung, General Manager kepada Central Asia Pacific (CAP) di Lenovo telah mengesahkan berita tersebut pada sesi wawancara yang diadakan selepas sidang akhbar CES 2018 syarikat itu. Cheung menyatakan bahawa lokasi telah dipilih dan kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dengan baik serta pembukaannya dijangka berlaku tidak lama lagi.


Dengan jenama Legion Lenovo yang agak baru yang ia ditubuhkan hanya setahun yang lalu, syarikat merasakan meraka perlu menyediakan platform bagi pengguna untuk menguji dan merasai sendiri produk Legion tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli. Dalam masa satu tahun, Lenovo telah memperluaskan portfolio Legion dengan gaming laptops, desktop serta peranti seperti gaming mice, keyboards dan juga backpacks. Kedai konsep Legion ini bakal menjadi satu cara yang terbaik untuk mempamerkan produknya secara eksklusif.


Maklumat mengenainya masih tidak lengkap tetapi kemungkinan besar syarikat itu akan mengambil pendekatan yang sama seperti MSI yang baru-baru ini telah membuka kedai miliknya di Kuala Lumpur, di mana syarikat Taiwan itu mempunyai kawasan esport khusus untuk menjadi host kepada pertandinagn berskala kecil.


Dari perspektif perniagaan, kedai konsep Legion ini merupakan satu lagi langkah untuk memperkukuhkan jenamanya di Malaysia. Lenovo telah mengenal pasti Malaysia sebagai salah satu pasaran di Asia Pasifik dengan potensi peningkatan dalam gaming yang paling tinggi dan kejayaan yang telah dicapai dalam tahun pertama perniagaannya cukup menggalakkan bagi syarikat untuk meningkatkan jualan untuk mengukuhkan kedudukannya.