Berita Terkini

Google Akan Menutup Kawalan Ibu Bapa Pada Chrome Secara Berperingkat


Google telah bersedia untuk menggantikan ciri kawalan ibu bapa pada pelayar Chrome dengan melumpuhkan kawalannya terlebih dahulu. Syarikat itu telah menghantar e-mel yang memberitahu ibu bapa bahawa ia akan secara beransur-ansur mengurangkan fungsi ciri Chrome Supervised User.

Pada 12 Januari, pengguna Chrome tidak dapat membuat atau mengimport supervised users yang baru. Pada 15 Januari, kawalan untuk supervised users akan dilumpuhkan dan menghalang tetapan daripada diubah. Di samping itu, pengawasan jauh juga akan berhenti bekerja pada masa ini.


Idea asal Chrome Supervised User adalah untuk membenarkan ibu bapa mengawal apa kandungan akses anak-anak mereka. Ia membuatkan laman web disekat, carian selamat sentiasa dihidupkan dan membenarkan ibu bapa memantau sejarah laman web yang dilawati.

Anehnya, pemberitahuane-mel mengenai ciri pengawasan baru untuk Chrome OS ini tidak menyebut secara khusus apa yang ada di dalam Chrome desktop browser. Google tidak menyatakan apa-apa mengenai rancanagannya pada ketika ini kerana tiada garis masa untuk kawalan ibu bapa yang baru untuk dilancarkan.