Berita Terkini

Harry Potter: Hogwarts Mistery RPG Bergerak Membolehkan Pemain Menjadi Pelajar Hogwarts


Tidak berkaitan dengan permainan Niantic yang diumumkan tahun lalu, Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah set RPG mudah alih yang baru di dunia sihir J.K Rowling. Dalam permainan ini, pemain akan menjadi seorang pelajar Sekolah Hogwarts dan mempelajari sesuatu untuk menjadi ahli sihir sendiri.

Developed oleh Jam City yang juga merupakan developed kepada Futurama: Worlds of Tomorrow and Marvel’s Avenger Academy. Permainan Harry Potter: Hogwarts Mystery ini membolehkan para pemain menyertai aktiviti di Hogwarts seperti yang digambarkan dalam filem dan buku. Belajar sihir di kelas seperti Pertahanan Terhadap Sihir Gelap, Potion dan Kelab Dueling.


Kebanyakan guru dari siri buku dan filem akan hadir, termasuk Profesor Snape dan Hagrid. Garis masa yang menarik ditetapkan sebelum Harry Potter menjejakkan kaki ke sekolah sihir ini. Seperti Harry, pemain akan disusun di rumah dan mengambil bahagian dalam cabaran kumpulan untuk memenangi mata untuk rumah. Disebabkan ini adalah sebuah permainan online, terdapat leaderboard dan pembelian dalam permainan sekiranya seseorang ingin menyertai pertandingan


Jam City tidak menyatakan sebarang tarikh untuk realese selain daripada tarikh realease Spring 2018. Pemain yang berminat boleh melawati ke laman web rasmi untuk mendaftarkan diri dan menyertai keseronokan. Permainan ini diterbitkan oleh Portkey Games, penerbit yang sama untuk Harry Potter Wizards Unite from Niantic dan akan tersedia untuk kedua-dua peranti Android dan iOS.

Sumber: Venturebeat