Berita Terkini

Xiaomi Redmi 5A masuk ke Malaysia dengan harga RM399


Pada hari pembukaan Mi Store yang telah berlalu samalam di IOI City Mall Putrajaya, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar yang mesra bajet iaitu Xiaomi Redmi 5A. Harga pasaran peranti ini di pasaran Malaysia hanya RM399.

Seperti yang dimaksudkan menjadi telefon pintar entry-level, specifikasi Redmi 5A merupakan lower-end dan menawarkan harga yang berpatutan. Berbanding dengan model sebulumnya, Redmi 5A mempunyai spesifikasi yang hampir sama.

Redmi 5A dan 4A menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 425, 2GB RAM, 16GB internal storage dan 5-inch 720p IPS displays. Malah, Redmi 4A sebenarnya mempunyai bateri 3,120mAh yang lebih besar keran Redmi 5A hanya dilengkapi dengan bateri 3000mAh.


Perkara yang membezakan dua telefon pintar ini ialah kamera. Walaupun kedua-dua telefon mempunyai kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP, kamera utama Redmi 5A mempunyai phase detection autofocus. Kamera hadapan Redmi 5A juga mempunyai f/2.0 aperture yang lebih besar berbanding dengan f / 2.2 aperture pada Redmi 4A.

Xiaomi Redmi 5A akan tersedia untuk pembelian di Malaysia secara eksklusif di Lazada dari 12 Disember dan seterusnya. Redmi 5A berharga hanya RM399 yang sebenarnya lebih murah daripada model terdalu Redmi 4A yang berharga RM449 pada pelancarannya.