Berita Terkini

PowerColor mengeluarkan Gaming Station : External Graphics Enclosure


PowerColour telah melancarkan produk terbarunya iaitu external graphicis enclosure yang dikenali sebagai Gaming Station. Sebelum ini, syarikat itu telah mengadakan showcased "Devil Box" eGPU enclosure pada tahun lepas semasa Computex.

PowerColour Gaming Station external graphic chassis ini tidak cukup hebat jika dibandingkan dengan eGPU Devil Box yang lebih lama ini. Sebaliknya, PowerColour menghasilkan eGPU terbaru mereka dengan reka bentuk agak minimalis yang asasnya berbentuk kotak logam segi empat tepat berwarna hitam dan berukuran 343.2mm x 163mm x 245mm.


PowerColor telah menyatakan bahawa Gaming Station ini sesuai dengan kedua-dua graphic card Radeon dan Nvidia. Perlu diingat, bahawa eGPU ini hanya menyokong graphic card yang berukuran 310mm x 157mm x 46mm. Sudah tentu, graphics enclosure ini bersambung melalui Thunderbolt 3 iaitu USB-C. Gaming Station graphics enclosure ini juga dilengkapi dengan lima port USB 3.0, yang terletak di bahagian depan dan belakang casis.

Masih belum diletahui sama ada PowerColor merancang untuk membuat Gaming Station ini di Malaysia. Harga sebenar dan tarikh keluaran juga tidak diketahui.

Sumber: TechPowerUp, Tom’s Hardware