Berita Terkini

Lazada kini merupakan Reseller Apple yang sah


Lazada kini merupakan Reseller Apple yang sah untuk rantau Asia Tenggara. Lazada merupakan satu-satunya platform e-commerce di rantau ini menawarkan pelbagai produk Apple didapati terus daripada syarikat Apple.

Lazada telah menjual produk Apple dengan local warranty pada ketika ini. Tetapi pada 11 Disember 2017, Lazada akan memiliki Kedai Apple sendiri dalam platform ini dan membolehkan peranti Apple dijual termasuk iPad, Mac, Apple Watch, Apple TV serta aksesoris rasmi termasuk Beats headphones dan juga host original Apple covers dan cases.

Jika korang membeli dari kedai Apple di Lazada, mereka menjamin bahawa item yang dibeli adalah 100% unit asal yang mempuyai local warranty . Pelanggan juga akan dapat memanfaatkan ciri Lazada seperti hassle-free returns, installment plans, dan sudah tentu kod baucer untuk mengurangkan harga belian.


Pembukaan platform ini juga akan berlaku sebelum berakhirnya acara Revolusi Online sepanjang bulan Lazada pada 12 Disember yang bermaksud pelanggan boleh melihat tawaran menarik untuk produk Apple.

Walaupun platform rasmi Apple hanya boleh didapati pada 11 Disember, korang masih boleh melihat katalog item yang tersedia. Semua item disenaraikan, tetapi belum dibuka untuk dijual. Di samping itu, Lazada juga akan menawarkan tawaran pakej eksklusif pada platform Apple termasuk iPhone X dan MacBook.