Berita Terkini

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus Kini Rasmi: Telefon 18: 9 Pertama Xiaomi


Seperti yang dikatakan oleh syarikat Xiaomi sebelum ini dan mereka kini telah melancar secara rasmi telefon pintar Redmi 5 dan Redmi 5 Plus yang baru. Mereka bukan sahaja memberi spesifikasi peranti telefon yang amat baik tetapi mereka jugaembri penambahan terbaru dengan paparan skrin penuh 18: 9.

Sudah tentu, saiz skrin mereka tidak sama kerana Redmi 5 mempunyai paparan 5.7 inci HD + manakala Redmi 5 Plus mempunyai paparan FHD + 5.99 inci yang lebih besar. Di samping itu, kedua-dua peranti ini dikuasakan oleh processor yang berbeza, Redmi 5 menggunakan processor yang lebih rendah iaitu Qualcomm Snapdragon 450 berbanding dengan Redmi 5 Plus yang menggunakan processor Snapdragon 625.


Satu lagi faktor yang membezakan kedua-dua peranti ini ialah kapasiti bateri. Khususnya, Xiaomi telah memasang bateri 3300mAh pada Redmi 5 sementara Redmi 5 Plus pula mempunyai bateri 4000mAh yang lebih besar.

Menariknya, kedua-dua peranti telefon Xiaomi ini mempunyai spesifikasi kamera yang sama. Kamera utama pada kedua-dua peranti ini mempunyai PDAF 12MP dengan ukuran piksel sebesar 1.25μm sementara kamera hadapan mempunyai 5MP. Pada masa yang sama.


Redmi 5 hadir dengan 2GB RAM, 16GB internal storage dan berharga CNY 799 iaitu sekitar RM 494. Manakala varian 3GB RAM, 32GB internal storage pula berharga CNY 899 iaitu kira-kira RM 556. Begitu juga, Redmi 5 Plus juga akan dikeluarkan dalam dua pilihan varian iaitu 3GB RAM, 32GB internal storage dan 4GB RAM, 64GB internal storage yang berharga CNY 999 iaitu kira-kira RM 618 dan CNY 1299 iaitu kira-kira RM 803.

Peranti telefon terbaru daripada Xiaomi ini akan disediakan di China pada 12 Disember. Namun, maklumat mengenai Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ke Malaysia masih belum diletahui tidak diketahui. Walau bagaimanapun, dikatakan Redmi 5 Plus telah melalui proses pensijilan SIRIM baru-baru ini. Jadi, peranti telefon ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.