Berita Terkini

Samsung Berjaya Menghasilkan 512GB UFS Solution



Universal Flash Storage (UFS) merupakan chip pemindahan penyimpanan data yang pantas tetapi kapasiti simpanannya sebelum ini terhad kepada 256GB. Walau bagaimanapun, kekurangan itu telah diatasi kerana Samsung kini secara rasmi telah mengumumkan solution terbaru bagi UFS yang tertanam dengan kapasiti 512GB.

Menurut Samsung, 512GB eUFS ini menawarkan lapan 64-layer 512Gb V-NAND chip dan controller chip yang disusun bersama dalam satu single solution. Walaupun terdapat peningkatan bilangan layer, ia masih mempunyai saiz yang sama dengan solution 25-GB V-NAND 256GB sebelumnya.


Selain dari peningkatan jumlah storage, Samsung juga telah melaksanakan teknologi pengurusan kuasa baru ke dalam solution tersebut untuk meminimumkan penggunaan kuasa yang datang daripada kapasiti storage yang tinggi pada solution. Bagi prestasi, 512GB eUFS, ia dapat mencapai 860 dan 255 MB / s dari segi kelajuan read and write yang berturut-turut dan manakala kelajuan read and write secara rawak iaitu 42,000 dan 40,000 IOPS.

Pengumuman yang dilakukan oleh Samsung itu, belum ada mana-mana manufacturers yang menggunakan solution eUFS 512GB ke dalam produk mereka terutama dalam peranti telefon. Oleh iti, kita akan melihat produk pertama yang menggunakan 512GB eUFS pada awal tahun 2018.

Sumber : Samsung