Berita Terkini

Telefon Dilengkapi Dengan Pengimbas Jari Dibawah Skrin Bakal Muncul Di CES 2018


Ia merupakan peranti telefon yang pertama mempunyai pengimbas jari dibawah skrin untuk membuat penampilannya. Synaptics telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa "top five OEM" sedang bersiap untuk melancarkan sebuah peranti menggunakan keluarga Clear ID FS9500 Sensor pengimbas jari dalam paparan optik.

Apa yang dikatakan oleh pengeluar Synaptics ini tidak jelas tetapi tanda-tanda menunjukkan peranti tersebut dari Samsung atau Apple dan tidak ketinggalan bagi syarikat seperti HTC atau Lenovo sebagai calon yang mungkin. Walau bagaimanapun, Vivo telah memaparkan demo teknologi tersebut bekerja dan iini bermakna bahawa peranti telefon dari vivo mungkin peranti yang disebut oleh OEM dalam pernyataan.

Terdapat sedikit maklumat dari Synaptics bahawa ia akan berfungsi lebih cepat daripada 3D facial recognition dan memberi manfaat kepada kamera telefon yang tanpa visual range.

Pengimbas jari di bawah paparan skrin dianggap langkah seterusnya dalam teknologi telefon pintar dan membolehkan manufacturers mengeluarkan butang fizikal dan menjimatkan ruang. Satu langkah yang sangat baik dengan teknologi yang semakin meningkat dari reka bentuk bezel-less dan edge-to-edge screen designs,

Sumber: Synaptics