Berita Terkini

Facebook Memperkenalkan Ciri AR World Effects untuk Messenger


Facebook kini telah menjadikan aplikasi Messenger lebih menyeronokkan untuk para penggunanya. Syarikat itu baru-baru ini telah memperkenalkan ciri baru yang terdapat pada Messenger dikenali sebagai World Effects. Ianya merupakan sebuah ciri realiti objek 3D maya ke dalam persekitaran korang. Ciri World Effects ini mirip dengan Snapchat's World Lenses yang telah diperkenalkan pada bulan April yang lalu.

Tidak seperti meletak stiker atau emoji pada gambar korang seperti biasa, World Effects ini menggunakan objek 3D. Ini bermakna korang boleh menggunakan kamera telefon korang dari pelbagai posisi untuk memberi effect pada sudut yang berbeza. Sebagai contoh, letakkan stiker 3D di atas kepala seseorang dan apabila korang menggerakkan kamera korang, World Effects akan kekal di lokasi yang sama.

Korang boleh menggunakan heart, arrow, robot, unicorn bahkan korang boleh menggunakan world bubbles seperti “love”, “bae”, “heart”, dan “miss you”. Untuk menggunakan World Effects, buka Kamera Messenger, dan scroll untuk memilih dari effect kamera. Pilih satu yang korang suka dan ambil gambar atau video.

Facebook kini sedang melancarkan World Effects kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Sumber : Facebook