Berita Terkini

Maybank QRPay bakal didapati di Maybank2U


Maybank hari ini telah mengemaskini untuk aplikasi Maybank2U dengan menyediakannya ciri baru iaitu Maybank QRPay. Ini merupakan ciri yang agak menarik oleh bank dan sumber mengatakan ciri tersebut tersedia pada bulan depan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ciri baru sedia untuk digunakan secara umum. Seperti yang ditunjukkan oleh log perubahan aplikasi untuk versi Android dan iOS, ciri Maybank QRPay kini sedang diuji. Bagaimanapun, log juga menyatakan bahawa pelancaran rasmi akan berlaku tidak lama lagi.

Ciri ini dipisahkan dengan transaksi lain yang boleh dilakukan melalui Maybank2U. Untuk menggunakan QRPay, pengguna perlu memilih akaun Maybank pilihan mereka untuk digunakan dengan Maybank QRPay serta menetapkan had pembayaran.


QRPay juga menyenarai promo dan dipisahkan dalam beberapa kategori, pengguna boleh memilih untuk menyimpan promo ini dalam aplikasi. QRPay juga mempunyai fungsi "search" di mana pengguna boleh gunakan untuk mencari promo lain dan juga kedai yang mempunyai ciri tersebut.

Walaupun ciri tersebut masih masih tidak jelas pada masa ini, Maybank menunjukkan komited untuk system pembayaran berasaskan QR ini yang mungkin menjadi perkara baru di Malaysia tidak lama lagi.