Berita Terkini

ASUS NovaGo : Laptop 10-dalam-1 yang dikuasakan oleh Snapdragon 835


Untuk kali pertama di Sidang Kemuncak Snapdragon Qualcomm, Mereka mengumumkan akan menggunakan processor Snapdragon 835 pada ASUS NovaGo yang baru. Ia merupakan peranti laptop Asus yang pertama berasaskan processor qualcom dengan Windows 10 PC

Processor Snapdragon 835 ini adalah processor yang pertama dikenakan bersama laptop Gigabit LTE, NovaGo dikuasakan oleh processor yang digunakan dalam banyak telefon pintar yang premium pada masa kini. Laptop ini memaparkan badan nipis 14.9mm, seberat 1.39kg, hadir bersama 8GB RAM dan 256GB UFS2.0-based storage.


Laptop ini dibina dengan paparan sentuh full HD 13.3 inci yang mempunyai warna 100% sRGB gamut. NovaGo ini juga boleh digunakan bersama-sama dengan ASUS Pen yang menawarkan 1024 tahap pressure sensitivity. ASUS juga mendakwa bahawa laptop ini mempunyai hayat bateri sehingga 22 jam serta tempoh masa.

ASUS NovaGo nampaknya berharga sebanyak USD 599 (RM 2,436) untuk model 64GB manakala varian dengan penyimpanan 8GB RAM / 256GB berharga USD 799 (RM 3,250). Masih tiada tarikh pelancaran rasmi yang diumumkan oleh ASUS tetapi maklumat awal mencadangkan bahawa NovaGo hanya akan dilancarkan pada tahun 2018.

Sumber: ASUS