Reka bentuk terbaru daripada Samsung menunjukkan paparan melengkung sepenuhnya
Paten terkini daripada Samsung ini mungkin cukup aneh untuk menjadi produk sebenar di pasaran. Mereka beranggapan bahawa telefon pintar masa depan akan mempunyai paparan yang melengkung sepenuhnya dan memanjangkan paparan hingga ke belakang peranti.
Paten ini mempunyai reka bentuk di mana bukan seperti Samsung Galaxy S8 / S8 +. Pada bahagian sisi telefon ini akan mempunyai sisi yang bulat di mana paparan sisi akan kelihatan seperti 180 darjah ke belakang. Samsung juga mendakwa bahawa reka bentuk ini akan memberikan pengalaman yang benar-benar baru kepada pengguna dan pada masa yang sama ia akan memberikan cengkaman yang lebih baik.
Ini mungkin produk yang menuju ke pasaran masa kini. Namun, Samsung berusaha untuk membuat pembaharuan dan keluar dengan idea yang berbeza di arena telefon pintar yang hebat ini.
Sumber : LetsGoDigital, PhoneArena



