Waze dikemas kini dengan jalan motosikal dan arahan suara
Waze sedang melancarkan kemas kini yang paling besar untuk aplikasinya di iOS dan Android. Menurut syarikat itu, kemas kini ini membawa beberapa ciri yang paling diminta oleh pengguna iaitu sokongan untuk laluan motosikal, perintah "OK Waze" suara dan banyak lagi.
Mula-mula, kemas kini kini ini hanya untuk kenderaan Motosikal. Apabila korang memilih motosikal sebagai jenis kenderaan korang, Waze akan mencari laluan alternatif untuk kenderaan motosikal, jadi korang boleh sampai ke tujuan korang dengan lebih cepat. Data dikumpulkan dari penunggang motosikal lain dan semakin banyak korang menggunakannya, semakin pintar routing akan menjadi.
Jenis kenderaan motosikal juga akan memberikan ETA yang lebih tepat yang mungkin sangat berbeza dengan ETA untuk kereta. Untuk Waze pada kenderaan motor, pergi ke Setting > Vehicle Type > Motorcycles di aplikasi Waze korang.
Seterusnya, kemas kini juga membawa Talk baru kepada ciri Waze. Ini menjadikannya lebih selamat untuk korang mencari arah semasa memandu. Cukup midah dengan hanya sebut "OK Waze", dan ia akan mula mendengar untuk perintah suara korang. Korang boleh memberi arahan seperti membawa anda ke rumah atau ke stesen minyak terdekat. Korang juga boleh menggunakan "OK Waze" untuk melaporkan kesesakan lalu lintas, kemalangan dan sebagainya.
Malangnya, Talk to Waze hanya terhad kepada edisi AS, UK, Kanada, Australia, Afrika Selatan, Ireland dan New Zealand sahaja. Waze mengatakan bahawa mereka akan terus melancarkan dalam banyak bahasa tidak lama lagi dan akan membawa ciri ini ke Malaysia.
Akhir sekali, ciri baru yang terkini mungkin tidak relevan, tetapi ia pasti sangat menarik. Waze kini mempunyai sokongan untuk laluan carpooling. Dengan ciri ini, Waze dapat menyediakan pilihan navigation tambahan dan masa ketibaan berdasarkan kenderaan (HOV) atau lebih dikenali sebagai carpooling lanes.
Sama ada korang bersama satu penumpang atau lebih di dalam kereta hibrid, elektrik, atau bahan api bersih, Waze akan menentukan laluan optimum untuk.
Semak Waze sekarang untuk maklumat lanjut tentang kemas kini terkini.
Sumber: Waze, The Verge


