Berita Terkini

Apple Diduga Akan Memperkenalkan iPads yang Lebih Murah Pada 2018


Satu laporan mengatakan bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan iPad lebih murah pada tahun depan. Digitimes mengatakan bahawa maklumat mengenai harga pasaran iPad 9.7 inci baru ini bernilai AS $ 259 (RM 1,059) pada tahun 2018.

Harga pasaran iPad 9.7 inci kini boleh didapati dengan harga RM 1,549 di kedai rasmi Apple. Bagi syarikat Apple, julat harga ini tidak mencukupi untuk pasaran tertentu.

Malangnya pasaran tablet telah mengalami penurunan sejak beberapa tahun yang lalu dan ini memberi kesan untuk semua pengeluar produk tablet. Mungkin disebabkan hal ini, syarikat Apple ini mengambil keputusan untuk memulakan strategi iPad baru ini.

Tiada spesifikasi dikongsi untuk tablet baru, tetapi spekulasi bahawa tablet itu akan menjadi tablet yang laris pada 2018 kerana skala ekonomi yang lebih baik disebabkan oleh penurunan harga komponen. Tablet baru itu dikatakan akan menuju ke pasaran pada separuh kedua 2018.

Sumber : Digitimes