Berita Terkini

PTPTN Bakal Menghadiahkan iPhone X Kepada Peminjamnya


Sebilangan besar pelajar di Malaysia membaut pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melanjutkan pengajian di kolej dan universiti. Sekiranya korang adalah salah seorang daripada mereka dan bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman, korang mungkin dapat memenangi sebuah telefon pintar baru termasuk iPhone X pada bulan ini.

Diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20, PTPTN akan memberikan dua puluh telefon pintar kepada peminjam yang layak. Walaupun mungkin terdapat hanya satu iPhone X yang akan dimenangi, terdapat peranti lain juga untuk dimenangi sebanyak sembilan belas unit iaitu Huawei P10.


Memandangkan setiap RM 1,000 pembayaran balik bersamaan dengan satu peluang pada cabutan, kebarangkalian peminjam untuk memenangi salah satu daripada 20 telefon pintar akan meningkat bersama dengan jumlah pembayaran mereka. Dengan kata lain, semakin tinggi jumlah pembayaran yang dibuat kepada PTPTN, semakin besar kemungkinan mereka memenangkan iPhone X atau Huawei P10.

Walau bagaimanapun, hanya pembayaran yang dibuat dalam bulan Disember 2017 layak untuk cabutan bertuah. Untuk mengetahui lebih lanjut, pergi ke laman web rasmi PTPTN.

Sumber : PTPTN