Berita Terkini

Metal Gear Survive’s Single Player Campaign Telah Didedahkan dan menjadi permainan Open World Survival


Konami telah mendedahkan Metal Gear Survive yang akan datang. Ia meupakan tajuk permaianan yang pertama dalam francais sejak berpisah dengan Hideo Kojima. Bahagian single player di dalam permainan akan diberi pendekatan berasaskan misi dan termasuk elemen dari permainan survival.

Kisah Metal Gear Survive amat berbeza dengan plot Metal Gear yang asal. Sebaliknya, pemain kini boleh mengambil peranan sebagai seorang yang selamat daripada kemusnahan Mother Base pada akhir Metal Gear Solid 5 di mana seluruh pangkalan akhirnya disedut ke dalam wormhole tanpa sebab yang boleh dijelaskan.

Protagonis baru ini dihantar melalui wormhole untuk menyiasat kejadian itu dan mesti belajar untuk teruskan hidup di tanah baru ini yang kelihatan seperti dunia kita. Mekanik crafting yang baru telah diperkenalkan dan membolehkan para pemain mengembangkan base camp mereka. Konami menjanjikan "free form construction", ini bermakna pemain akan dapat mengaturkan kem itu dengan citarasa tersendiri.

Resipi Crafting perlu disertakan semasa mengerjakan misi, tetapi video pengumuman permainan ini nampaknya menunjukkan bahawa loot terbaik perlu diperolehi dalam mod multiplayer.


Ia merupakan twist yang menarik pada daripada Metal Gear, tetapi ada yang berpendapat bahawa ini permaianan ini hanya meminjam nama demi permainan baru. Terutama sejak sambungan ke plot asal sangat lemah. Namun, ia mungkin menarik untuk mengetahui apa yang diketengahkan oleh Konami.

Metal Gear Survive akan mengadakan beta test terbuka dari 18 hingga 21 Januari untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Permainan itu telah ditetapkan untuk dilancarkan untuk PC, PS4, dan Xbox One pada 20 Februari 2018.