Berita Terkini

Leagoo S9 Clone kepada iPhone X


Reka bentuk dan ciri-ciri telefon mewah dan premium kini merupakanl satu trend baru. Kini Leagoo mempraktikannya dengan meminjam elemen reka bentuk iPhone X untuk peranti telefon pintar yang akan datang iaitu Leagoo S9.

Pada permukaan Leagoo S9, ia kelihatan hampir sama dengan iPhone X dan mempunyai notch yang sama di bahagian atas paparan. Mengikut imej yang dihantar oleh Leagoo sendiri ke The Verge, Leagoo S9 mempunyai rekaan aluminium dan gelas yang sama seperti iPhone X. Ia juga mempunyai vertically-oriented dual-camera system yang sama.

Walau bagaimanapun, apabila diperiksa, terdapat beberapa perbezaan pada peranti ini. Pada bingkai bawah LeagooS9 menunjukkan perbezaan yang ketara kerana binmgkai pada peranti ini lebih tebal daripada iPhone X. Peranti telefon in juga mempunyai sensor pengimbas jari yang terletak di bahagian belakang.


Walaupun peranti ini mengikut reka bentuk iPhone X, peranti ini merupakan sebuah telefon pintar mid-range yang memaparkan 5.85-inch AMOLED display. Peranti ini juga menggunakan processor MediaTek P40, 6GB RAM, 128GB internal storage dan sepasang kamera 16MP di bahagian belakang.

The Leagoo S9 masih belum diumumkan secara rasmi. Leagoo mengatakan peranti ini akan menjadi lebih murah daripada iPhone X dan meletakkan harga pasaran di bawah $ 300 setelah ia rasmi iaitu kira-kira RM1 225.

Sumber: The Verge