Berita Terkini

Gigabyte telah merkenalkan motherboard X299 Designare EX, model terbaru di dalam siri X299


Gigabyte telah melancarkan model terbaru di dalam siri X299 motherboard iaitu X299 Designare EX. Syarikat ini telah mengadakan showcased untuk motherboard X399 Designare EX beberapa minggu yang lalu. Reka bentuk PCB pada motherboard ini sangat mirip dengan Aorus X299 Gaming 7 yang dikeluarkan sebelumnya.

Bercakap tentang reka bentuk, GIGABYTE X299 Designare EX menampilkan binaan yang terdiri daripada PCB hitam dan beberapa komponen. X299 Designare EX ini dilengkapi dengan LED untuk menerangi setiap kawasan motherboard serta dilengkapi dengan soket LGA2066, yang hanya sesuai dengan processor Intel Core-X.


Spesifikasi lain motherboard ini termasuk lima slot PCIe x16 yang berjalan pada mod yang berbeza, tiga M.2 connectors, enam port SATA 6Gbps, beberapa port USB 3.1 type-C, port USB 3.1 Type-A, USB 2.0 port dan mempunyai sokongan memori Intel Optane.

Malangnya, Syarikat Gigabyte ini tidak menyatakan tarikh jualan dan harga pasaran X299 Designare EX. Katanya, Syarikat itu mungkin bakal membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi sekiranya syarikat berhasrat untuk membawa X299 Designare EX ke Malaysia.

(Sumber: Gigabyte, TechPowerUp